Rabu, 13 Januari 2010

vcc-o-vcc

Apa itu Entropay?

* Entropay merupakan satu tempat di mana anda boleh create Virtual Credit Card Visa (VCC) sendiri.
* Bila mana anda boleh create VCC sendiri, sudah tentu ia memberikan banyak peluang perniagaan serta faedah kepada anda.

Antara contoh apa yang VCC boleh lakukan adalah:

1. Berfungsi sebiji macam credit card fizikal biasa di mana anda boleh menggunakannya untuk pembelian online, membeli tiket kapal terbang (Air Asia atau MAS), serta membuat bayaran bil-bil (hosting, domain dan sebagainya).
2. Untuk verify akaun ebay.
3. Untuk verify akaun paypal.
4. Dan banyak lagi la.


Jadi dengan berpandukan pada fungsi di atas sahaja anda boleh fikir apa kemampuan/potensi entropay ini. Maka gunakan ilmu yang ada ini sebaik mungkin.

[Langkah 1] Bagaimana cara nak load fund dalam akaun Entropay
Langkah pertama sebelum create VCC adalah memastikan bahawa ada "fund"/modal di dalam akaun virtual entropay anda. "Fund"/modal tersebut akan di load/diambil dari Funding Source anda (Funding source merujuk kepada debit card fizikal anda atau credit card fizikal anda). Saya sarankan anda menggunakan debit card visa Al-Rajhi ataupun debit card visa Public Bank. Kenapa debit card bukan credit card? Ini kerana memudahkan anda merancang perbelanjaan anda dengan baik. Dari fund itulah kita boleh create VCC.

Di bawah adalah langkah-langkah cara untuk load fund dari "funding source" anda.


Langkah 1.
  • Click pada tab "Funding Source".
  • Kemudian click pada "Load Card".


Langkah 2.



  • Anda akan diredirectkan ke page untuk memilih ke mana anda ingin fund tersebut dimasukkan. Pilih salah satu virtual entropay card/create virtual entropay card.
  • Masukkan nilai berapa yang anda ingin load. Minima load adalah $20.00 usd pada setiap masa dan maksimum load adalah $2000 usd.
  • Masukkan no security "Funding Source Card" (debit card fizikal/credit fizikal anda).
  • Kemudian click pada Next.

Langkah 3.



  • Pada page ini, anda akan diberitahu berapa fee yang dikenakan untuk proses "load fund" ini. Pada kebiasaannya, untuk nilai $20.00 usd, sebanyak $0.99 usd fee dikenakan.
  • Kemudian click pada Next.

Langkah 4.



  • Pada stage ini, basically anda telah berjaya load fund yang anda mahukan ke dalam virtual entropay card.
  • Sila semak baki sebenar virtual entrypay anda.
  • Click pada Account Home.

Semakan Nilai.




  • Click pada "Home".
  • Lihat pada virtual entropay anda (di mana card yang anda load fund tersebut).
  • Click pada "view" untuk melihat nilai semasa anda.
  • Kemudian ia akan menunjukkan nilai semasa $ yang ada di dalam virtual entropay anda.

Senang bukan? Langkah seterusnya pula, saya akan terangkan bagaimana cara untuk create Virtual Credit Card (VCC) anda sendiri!
__________________


[Langkah 2] Bagaimana cara nak create Virtual Credit Card (VCC)
Di dalam thread ini, saya sediakan tutorial bagaimana cara nak create Virtual Credit Card (VCC) dengan menggunakan Entropay.

Langkah 1.



  • Login ke akaun Entropay anda.
  • Sekarang anda berada di page "Home" Entropay anda. Di sini ada dipaparkan entropay virtual card anda. Click "view" untuk melihat nilai semasa anda. Pastikan nilai tersebut cukup dengan nilai yang anda ingin create bagi VCC baru.
  • Jika nilai entropay virtual card tersebut mencukupi, maka click di atas card tersebut.
Langkah 2.



  • Pada stage ini, sila semak sekali lagi baki entropay virtual card anda.
  • Jika mencukupi, click pada "Transfer Fund".
Langkah 3.




  • Pada Langkah 3 di Step 1, sila pilih "New Entropay Virtual Card".
  • Pada Step 2, setelah pilih "New Entropay Virtual Card", maka ia akan terus bertukar pada VCC baru.
  • Pada Step 3, anda boleh mengetahui nilai semasa tukaran asing matawang antara RM dan USD.
  • Pada Step 4, masukkan berapa nilai yang anda ingin load pada VCC baru anda. Sedikit tips di sini, jika anda ingin create VCC khas untuk digunakan untuk verify paypal, maka nilai sepatut yang diperlukan hanya $1.98, jadi load hanya $1.98 usd sahaja. Jadi menjimatkan duit anda jika anda reseller VCC untuk paypal!.
  • Pada Step 5, anda boleh namakan VCC anda dengan apa juga nama yang anda inginkan. Bagi saya nama tidak penting, cuma untuk sistematikkan penamaan VCC sahaja.
  • Kemudian click pada Next.

Langkah 4.




  • Pada peringkat ini, anda boleh menyemak berapa Fee yang dikenakan ke atas VCC baru anda.
  • Kemudian click pada Next.

Langkah 5.



  • Pada peringkat ini, basically VCC baru anda telah siap dicreate.
  • Segala maklumat VCC baru anda ada di page ini.
  • Pada No 1, menunjukkan Nombor VCC anda.
  • Pada No 2, menunjukkan security VCC (3 digit) anda.
  • Pada No 3, menunjukkan expired date untuk VCC anda.
  • Then bila sudah catit segala maklumat tersebut, click Account Home.

Sekarang anda telah mempunyai 1 VCC baru. Jadi gunakan sebaiknya.
Jika anda tidak mahu gunakan lagi VCC tersebut, boleh guna fungsi "Destroy". Pada thread seterusnya saya akan buat satu tutorial bagaimana nak Destroy VCC yang tidak mahu digunakan lagi.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar