Apa itu Entropay?
* Entropay merupakan satu tempat di mana anda boleh create Virtual Credit Card Visa (VCC) sendiri.
* Bila mana anda boleh create VCC sendiri, sudah tentu ia memberikan banyak peluang perniagaan serta faedah kepada anda.
Antara contoh apa yang VCC boleh lakukan adalah:
1. Berfungsi sebiji macam credit card fizikal biasa di mana anda boleh menggunakannya untuk pembelian online, membeli tiket kapal terbang (Air Asia atau MAS), serta membuat bayaran bil-bil (hosting, domain dan sebagainya).
2. Untuk verify akaun ebay.
3. Untuk verify akaun paypal.
4. Dan banyak lagi la.
Jadi dengan berpandukan pada fungsi di atas sahaja anda boleh fikir apa kemampuan/potensi entropay ini. Maka gunakan ilmu yang ada ini sebaik mungkin.
[Langkah 1] Bagaimana cara nak load fund dalam akaun Entropay
__________________
[Langkah 2] Bagaimana cara nak create Virtual Credit Card (VCC)
Di dalam thread ini, saya sediakan tutorial bagaimana cara nak create Virtual Credit Card (VCC) dengan menggunakan Entropay.
Langkah 1. - Login ke akaun Entropay anda.
- Sekarang anda berada di page "Home" Entropay anda. Di sini ada dipaparkan entropay virtual card anda. Click "view" untuk melihat nilai semasa anda. Pastikan nilai tersebut cukup dengan nilai yang anda ingin create bagi VCC baru.
- Jika nilai entropay virtual card tersebut mencukupi, maka click di atas card tersebut.
Langkah 2. - Pada stage ini, sila semak sekali lagi baki entropay virtual card anda.
- Jika mencukupi, click pada "Transfer Fund".
Langkah 3. - Pada Langkah 3 di Step 1, sila pilih "New Entropay Virtual Card".
- Pada Step 2, setelah pilih "New Entropay Virtual Card", maka ia akan terus bertukar pada VCC baru.
- Pada Step 3, anda boleh mengetahui nilai semasa tukaran asing matawang antara RM dan USD.
- Pada Step 4, masukkan berapa nilai yang anda ingin load pada VCC baru anda. Sedikit tips di sini, jika anda ingin create VCC khas untuk digunakan untuk verify paypal, maka nilai sepatut yang diperlukan hanya $1.98, jadi load hanya $1.98 usd sahaja. Jadi menjimatkan duit anda jika anda reseller VCC untuk paypal!.
- Pada Step 5, anda boleh namakan VCC anda dengan apa juga nama yang anda inginkan. Bagi saya nama tidak penting, cuma untuk sistematikkan penamaan VCC sahaja.
- Kemudian click pada Next.
Langkah 4. - Pada peringkat ini, anda boleh menyemak berapa Fee yang dikenakan ke atas VCC baru anda.
- Kemudian click pada Next.
Langkah 5. - Pada peringkat ini, basically VCC baru anda telah siap dicreate.
- Segala maklumat VCC baru anda ada di page ini.
- Pada No 1, menunjukkan Nombor VCC anda.
- Pada No 2, menunjukkan security VCC (3 digit) anda.
- Pada No 3, menunjukkan expired date untuk VCC anda.
- Then bila sudah catit segala maklumat tersebut, click Account Home.
Sekarang anda telah mempunyai 1 VCC baru. Jadi gunakan sebaiknya.
Jika anda tidak mahu gunakan lagi VCC tersebut, boleh guna fungsi "Destroy". Pada thread seterusnya saya akan buat satu tutorial bagaimana nak Destroy VCC yang tidak mahu digunakan lagi.